Saturday 22 October 2011

SWISS ROLL PELANGI



Apa2 pun mari kita membaking kek

SWISS ROLL PELANGI
Diolah: DUNIADAPURKAMA
Peralatan :
Loyang bersaiz 11inci x 11inci

Bahan-bahan A :
3 biji telur gred A atau B
2 oz (4 Tbsp / 60 gm) gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovellate
1.5 oz (5 Tbsp) tepung gandum
1/2 Tbsp susu tepung (saya guna susu pekat manis 2 sudu besar - sebab dah kehabisan susu tepung)

Bahan B :
2 oz (60 gm) mentega (dicairkan dan disejukkan)

Bahan C:

sedikit pewarna hijau, kuning dan merah

Cara-cara :
Panaskan oven.
Alaskan loyang yang dengan kertas kalis minyak.
Pukul bahan-bahan A dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim - menjadi warna putih(lebih kurang 7-9 minit).
Masukkan mentega cair (Bahan B)ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
Warna setiap satu bahagian kepada warna merah, kuning dan hijau.
Tuang adunan (tompokkan setiap warna) ke dalam loyang.
Ratakan permukaannya.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
Keluarkan kek yang telah masak ke atas redai.
Biarkan sejuk.


Cara menggulung:
Letakkan sekeping kertas di atas bahagian atas kek.
Terbalikkan kek tersebut.
Keluarkan kertas alas (yang digunakan semasa membakar).
Sapu permukaan dengan butter cream.
Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
Simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream. (saya xbuat - biarkan 10 minit dan terus dipotong)
Potong dan hidangkan

# Jangan gulung menggunakan tangan kerana akan menyebabkan kek melekat ditangan. Gulung harus menggunakan kertas minyak (baking paper) @ tuala bersih.


Bahan Untuk buttercream

Resepi 1:
Bahan-bahan :
500g creamwell
250g gula icing
50g butter @ marjerin

Cara membuatnya:
Ayak gula icing.
Satukan semua bahan
Pukul sehingga kembang




Resepi 2:
Bahan-bahannya:
90 g mentega
2 sudu besar susu cair
460 g Gula icing
1 sudu teh vanilla

Cara membuatnya:
Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di atas api perlahan. Pastikan supaya mentega tidak sampai mendidih.
Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga ringan dan kembang.
Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebat

No comments:

Post a Comment